PERHATIAN KEPADA SEMUA MAMBE BLOG INI..
SY TELAH MEMBUKA BLOG BARU..
SILA LAYARINYA DI http://queenimah.blogspot.com
Sunday, May 17, 2009
PERHATIAN..
Posted by imah at 11:37 PM 0 comments
Thursday, April 23, 2009
rahsia personaliti dari kiraan tarikh lahir
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Posted by imah at 5:54 PM 0 comments
Tuesday, April 21, 2009
lelaki yang ditarik ke neraka
Posted by imah at 12:14 AM 0 comments
Monday, April 13, 2009
sebelum.....renung2kan
1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
Posted by imah at 11:26 PM 0 comments
Tuesday, April 7, 2009
doaku...
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah
hatinya,perluaskanl ahrezekinya,
dekatknlah hatinya kepada
kebaikan,jauhkanlah hatinya pada
kejahatan,tunaikanl ah hajatnya baik
hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia
menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia
dalam jurang cinta nafsu?Jagalah
hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada
hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di
jalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
meyeru manusia kejalanMu jika kau
halalkan aku merindui
sahabatku,janganlah aku melampaui
batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih
sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku
kesenangan,ketenang an,kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN
Posted by imah at 9:12 PM 0 comments
Sunday, April 5, 2009
selamat tinggal kenangan
kita berjumpa dan berpisah..itu la kehendak yang maha esa...
terima segalanya dengan pasrah..walau hati xle nak terima hakikat sebenar..
Posted by imah at 10:51 PM 0 comments
Monday, March 30, 2009
Bulan mac
- Berpesonaliti yang menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)
- Tidak terlalu moody
Posted by imah at 8:49 PM 0 comments
Wednesday, March 18, 2009
SEORANG PEREMPUAN
Perempuan, kejadiannya terlalu unik. Asalnya ingin memenuhi keperluan Adam yang keseorangan... menjelma Hawa dari tulang rusuk kirinya...mewangi kehidupannya...mengharumi perjalananya...namun, sedikit kelalaian Hawa memisahkan mereka... Tapi, cinta yang bersemi sekian lama...pada pandangan pertama...berputiknya mahabbah...tidak semudah dipisahkan...meranalah Adam menyesali kedurhakaanNya pada Rabbul Izzati dan jua... perpisahan dengan Hawa tercinta.
Allah Maha Kuasa, punyai kehendak...mereka dipertemukan...kasih sayang terjalin kembali. Jabal Rahmah menangis kesyahduan melihat 2 insan kembali bertaut setelah lama terpisah dek kealpaan dan bujukan syaitan la'natulLah. Adam dan Hawa kembali menyusun nekad mengatur tekad...kesilapan mesti ditangisi.. namun kehidupan pasti diharungi...berbekal keimanan dan mawaddah sejati....lahirlah Qabil dan Habil bersama pasangannya. Lalu, perempuan kembali mengocak...mencarik ketenangan...akibatnya, Qabil membuuh diri setelah membunuh Habil...Salahkan perempuan itu?
Perempuan, tutur bicaranya begitu lunak...bisa mencairkan batu hitam keegoan lelaki...lirikan matanya bagaikan petir meretakkan...bahkan mampu membelah angkuh seorang lelaki....senyumannya? usah dibicarakan lagi...umpama sia-sia, bukankah dengan senyumannya jatuhnya sebuah kerajaan...gugur satu persatu perajurit pejuang pertiwi... lenggoknya... bagaikan lalang ditiup angin...namin biasa melukakan dan dilukai. Ada apa lagi pada perempuan??? Seribu keunikan yang tak termampu dihidangkan...namun perempuanlah punca kerosakan dunia...dunia hancur berkecai...hilangnya budi...lenyapnya bicara... BENARKAH???
"Perempuan tidak dijadikan dari kepala Adam untuk memerintah, Dan tidak pula dijadikan daripada kaki Adam untuk semata diperintah, Namun ianya dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam yang berhampiran dengan hati untuk.........."
Posted by imah at 11:15 PM 0 comments
Rasulullah saw larang Fatimah dimadu..
Ada kisah Nabi saw melarang Ali bin Abi Thalib berpoligami yg berarti memadu putrinya fatimah. Ini dari hadist shahih yg di riwayatkan oleh bukhari, muslim dan juga oleh turmudzi dan ibnu majah.
Nabi marah ketika mendengar putri beliau, Fatimah, akan dipoligami Ali. Nabi pun langsung masuk ke masjid, naik mimbar dan berkhutbah di depan banyak orang: Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Sabda Nabi: innî lâ 'âdzan, (saya tidak akan izinkan), tsumma lâ 'âdzan (sama sekali, saya tidak akan izinkan), tsumma lâ âdzan illâ an ahabba 'ibn Abî Thâlib an yuthalliq 'ibnatî, (sama sekali, saya tidak akan izinkan, kecuali bila anak Abi Thalib (Ali) menceraikan anakku dahulu). Lalu Nabi melanjutkan, Fâthimah bidh'atun minnî, yurîbunî mâ 'arâbahâ wa yu'dzînî mâ 'adzâhâ, Fatimah adalah bagian dari diriku; apa yang meresahkan dia, akan meresahkan diriku, dan apa yang menyakiti hatinya, akan menyakiti hatiku juga (Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 162, nomor hadis: 9026). Akhirnya Ali bin Abi Thalib tetap bermonogami sampai Fatimah wafat.
..kasihnya Rasulullah saw pada putrinya.. :)
Posted by imah at 11:09 PM 0 comments
setia menanti
kenapa semua ini berlaku..apa yang telah ku lakukan..apa salah diriku lagi..sehingga dia membuat aq sedemikian rupa....d'mana sayangnya pada ku sehingga tergamak dia melukakan hati dan perasaan aq...inikah pembalasan yang ku terima bila semuanya kasih, sayang dan cintaku ku berikan padanya tanpa banyak soal..d'mana janji dia untuk menjaga dan menyayangiku????
Posted by imah at 5:26 PM 0 comments
Thursday, March 12, 2009
kenangan semalam....
ha ini lah dia kenangan semalam yang xle nak d'lupakan...pergi berakit dekat sungai gua musang...memang sangat la mencabar....rakit tue buat sendiri...klu terlepas..nasib badan la...hehhhe...yg lelaki macho kat depan tue..coach kami..en zainal...yang pakai tudung itam tue ANN..yg pakai topi putih FOREN..topi hitam VILLA..n yg comel kat belakang tue..tersenyum manis aq la..QUEEN IMah...
abis muka merah n hitam..kaki pedih kene matahari n air...tapi e2 la pengalaman yang xdapat d'lupakan...jeram semua d'tempuh demi nak dapat A dalam KEMBARA...
Posted by imah at 12:25 AM 0 comments
Sunday, March 8, 2009
Selamat Ulang tahun...
hai..besar da aq...
hehheheh ingat masih lagi anak-anak yg riang bermain pasir bersama kanak-kanak yang lain..
rupanya aq kini da meningkat dewasa.....
tq for everthing..
selamat Hari Lahir Mai...24 da ek....
Posted by imah at 9:28 PM 0 comments
Monday, March 2, 2009
luahan perasaan...
kenapa semua nie berlaku?? adakah aq kurang baik untuk dia???
apa sebenarnya yang dia mahukan????
aq sayang kan dia...sayang...sayang...
B ma sygkan B.....
i want u know that... but why u do this to me??????
Posted by imah at 10:48 PM 0 comments
Friday, February 20, 2009
Sakit hati la.....
Kenapa apa yang saya buat xle nak diterima..
da penat tau buat...buang masa betul la...
geram laaaaaaa...........
eeeeeeeeeeeeeeeee
Posted by imah at 12:45 AM 0 comments
Wednesday, February 18, 2009
kawan...kawan...kawan
Kawan ibarat keluarga bla kita berjauh dari mereka. mereka la teman ketawa, menangis dan bergaduh. lebih baik kita hilang kekasih dari kita hilang kawan, kerana kekasih boleh silih berganti, namun kawan yang baik sukar untuk kita perolehi dan temui.
ini lah teman ku.....selebihnya nnt2 d simpan k.....
Posted by imah at 5:30 PM 0 comments
Tuesday, February 17, 2009
Rahsia Hatiku...
Rahsia Di Sebalik Hati
Sejak aku mengenalimu Hati ini ternanti-nanti Kata-kata cinta saktimu. Namun dikau tetap membisu, Tak pernahkah kau menyedari Kehadiranku di hatimu, Yang mengharap kasih sayangmu Atau dikau yang tak mengerti Perasaanku, Kini aku ibarat menanti Hadirnya suria di malam hari, Yang tak mungkin menjadi realiti, Namun aku tetap menanti Walau seribu tahun lagi, Tak mungkin aku melafazkan Rahsia cintaku padamu, Sedangkan aku pun tak tahu Rahsia di sebalik hatimu, Aku tak memaksa dirimu Untuk menyintai diriku, Andainya kau buka hatimu Akan ku sambut cintamu, Seandainya dikau menjadi kekasih hatiku, Akan kulaungkan kepada dunia kau kekasihku
Namun akhirnya dia datang padaku...
Ya Allah aq bersyukur dengan apa yang aq dapat sekarang...
semoga ko tetapkan la jodoh kami berdua...
amin.....
Posted by imah at 11:35 PM 0 comments
Monday, February 16, 2009
Nie Famili ku...
ini lah yang aq idamkan...sebuah kebahagian dalam kehidupan..ada ibu n famili...ada juga dia disamping ku....
Posted by imah at 12:08 AM 0 comments